Bicara tentang lukisan abstrak, secara umumnya dalam masyarakat
seringkali mempersoalkan apakah lukisan seperti ini? Kenapa lukisannya tidak
berbentuk dan tidak jelas tentang apa yang hendak di sampaikan dan digambarkan, cuma terdapat coretan-contengan saja yang
tak ada maknanya?
Tentu ini sangat wajar jika banyak orang yang mempersoalkan
hal itu, kerana memang lukisan itu cukup sukar untuk difahami. Dalam lukisan
abstrak, tidak menjelaskan sesuatunya dengan konkrit. Oleh kerana itu, hanya
orang-orang yang mempunyai daya imaginasi tinggi yang boleh faham akan
maksudnya.
Pengertian Sebuah Lukisan Abstrak
Lukisan Abstrak ialah sebuah lukisan yang menggambarkan
sebuah wujud yang tidak natural dan realistik. Lukisan ini tidak memperlihatkan
bentuk rupa yang sering kita jumpai dalam kehidupan sehari-hari. Lukisan
abstrak ini juga merupakan sebuah bentuk yang penuh dengan imiginasi yang
tinggi sehingga banyak mesej-mesej yang tersirat di dalamnya. Para seniman dan pelukis melakukan hasil sebuah lukisan ini mencari sebuah intipati dalam dari objek yang akan dia buat, sehingga
lukisan yang telah dibuat lebih unik dan tampak tak berwujud nyata.
Jika kamu ingin cuba melukis lukisan abstrak, berikut ada tips mudah yang boleh kamu cuba. Mulakan dengan apa yang sedang kamu bayangkan, keluarkan segala imaginasi yang sedang difikirkan. Setelah kamu membayangkan apa yang sedang difikirkan, selanjutnya mulakan persiapkan media-media serta bahan untuk melukis. Dari mula canvas atau keras, cat lukis serta pensil warna. Namun umumnya, seorang pelukis biasanya akan menggunakan dua cat, iaitu cat acrylic dan cat minyak. Setelah semua bahan sudah dipersiapkan, maka bermulalah melukis mengikut imaginasi yang dimiliki.

Contoh Lukisan Abstrak
Berikut ini, ada contoh-contoh lukisan abstrak, cuba lihat
dengan teliti, bagaimana hasil karya ini begitu kaya dengan imaginasi tinggi.